Apa itu Osteoporosis ?
Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang kita kehilangan kepadatan. Tulang yang banyak rongga-rongga kosong yang meningkatkan risiko patah tulang secara tiba-tiba atau tak dijangka. Biasa penyakit datang tanpa gejala sehingga kita terasa sakit macam nak patah tulang dan tetiba tulang pinggang/pinggul rasa sakit ngilu.
Biasanya, ia akan berlaku pada warga emas tapi kalau kita tan jaga pemakanan seawal 30an pun dah boleh rasakan tanda-tanda kurang kalsium tu.
Osteporosis juga berisiko berlaku pada perempuan jika nak bandingkan dengan lelaki, sebabnya perempuan ada proses mengandung dan menyusukan anak. Tambah lagi, perempuan ada fasa menopaus. Bila dah menopaus, badan tak dapat lagi gantikan tisu-tisu tulang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Menurut National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin
Diseases, menunjukkan faktor risiko wanita terkena
osteoporosis adalah seperti berikut :
➡ 68% dari 44 juta orang berisiko terkena
osteoporosis ialah wanita
➡ Satu dari dua wanita berumur 50
tahun keatas cenderung akan mengalami
patah tulang akibat osteoporosis dalam hidup
mereka. Ini merupakan 2 kali lebih
banyak dari lelaki, yang hanya satu dari
empat lelaki berisiko terkena osteoporosis.
➡ 75% dari semua kes osteoporosis dialami oleh golongan wanita.
Apa Penyebab Osteoporosisi ?
Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang yang membantu dalam mengatur kitaran reproduktif. Pada masa yang sama, estrogen juga memainkan peranan dalam menjaga tulang yang kuat dan sihat pada wanita mahupun lelaki.
Apa Penyebab Osteoporosisi ?
Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang yang membantu dalam mengatur kitaran reproduktif. Pada masa yang sama, estrogen juga memainkan peranan dalam menjaga tulang yang kuat dan sihat pada wanita mahupun lelaki.
Wanita yang premonopause mempunyai kandungan estrogen akan lebih banyak berbanding lelaki, mereka akan mengalami titik penurunan dalam pengeluaran estrogen apabila monopaus, sehingga berisiko untuk mengalami osteoporosis pada masa itu.
Osteoporosis juga akan berlaku apabila usia kita meningkat tak kira wanita mahupun lelaki. Kerana kita semua akan mengalami kekurangan kepadatan tulang. Bila tulang kurang padat, ini bermakna beksud tulang makin menipis. Tulang ini akan jadi rapuh dan mudah patah. Bahagian tulang yang paling senang patah bila rapuh adalah tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Faktor-faktor yang Meningkatkan Risiko Menghidapi Osteoporosis :
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk kita mendapatkan Osteoporosis dan perempuan lebih tinggi mendapat Osteoporosis kerana penurunan hormon estrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila:
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk kita mendapatkan Osteoporosis dan perempuan lebih tinggi mendapat Osteoporosis kerana penurunan hormon estrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila:
- Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun
- Menjalani pembedahan histerektomi (pembuagan organ Rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovary dibuang sekali.
- Tidak datang haid dalam jangkamasa lama (lebih dari 6 bulan) disebabkan senama berlebihan atau makan berlebihan hormon lelaki, iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormone secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat Osteoporosis jika paras hormone rendah.
- Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormone boleh menyebabkn Osteoporosis, Hormon wanita, estrogen dan hormone lelaki, testosterone adalah penting untuk menjadikan tulang.
- Wanita akan kehilangan jisim tulang lebih cepat pada tahun-tahun selepas monopause.
Osteoporosis boleh terjadi dari masalah hormon :
- Hipertiroidism (Kelenjar tiroid yang sangat aktif
- Gangguan kelenjar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal)
- Kurang pengeluaran hormon seks (estrogen & testosteron)
- Gangguan di kelenjar pituitari
- Kencing manis
- Sejarah keluarga.
- Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
- Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
- Penggunaan ubat kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalu digunakan pada rawatan arthritis dan asma).
- Kekurangan kalsium
- Paras vitamin D rendah
- Jisim badan yang sangat rendah (cth, berat badan kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan).
Apa yang perlu dilakukan untuk kurangkan risiko Osteoporosis ?
Kalsium dan Vitamin D tambahan amat penting sama ada untuk lelaki atau wanita bagi mengelakkan risiko kerapuhan tulang. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakana semasa kita muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Kita memerlukan 1000gm kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan 4 gelas susu.
Kalsium dan Vitamin D tambahan amat penting sama ada untuk lelaki atau wanita bagi mengelakkan risiko kerapuhan tulang. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakana semasa kita muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Kita memerlukan 1000gm kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan 4 gelas susu.