29 March 2017

4 kandungan bahan utama Vivix yang menjadikan ia sebagai Tonik Ajaib

Hari ini kita mengenali lebih dalam lagi tentang bahan yang membuatkan VIVIX begitu istimewa. Isi kandungan yang berkualiti membuatkan VIVIX sangat exclusive dan tiada tandingan. Vivix salah satu produk berpaten Shaklee yang syarikat lain tak boleh nak tiru.

4 bahan utama di dalam Vivix Shaklee adalah :-

  1. Muscadine Grapes
  2. European Elderberry
  3. Purple Carrot
  4. Polygonum Cuspidatum
1. Muscadine Grape


Anggur merah Muscadine ini bukan sebarang anggur merah tau. Sebiji buah anggur merah ini saiznya boleh mencapai saiz sebiji bola golf. Malah, kulit anggur ini juga lebih tebal dan keras daripada anggur biasa. Paling penting, kandungan resveratrolnya yang tinggi berbanding anggur merah lain menyebabkan ia menjadi ramuan utama Vivix Shaklee. 


Anggur muscadine dan bijinya yang mengandungi sebatian fenolik (phenolic compound) yang tinggi ia juga merupakan sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. 
Kandungan poliphenol dalam anggur ini adalah 40 kali ganda lebih daripada anggur lain, di mana ia amat memberi manfaat kepada ;-
➡ kesihatan kardiovaskular
➡ mengawal paras gula dalam darah
➡ proses penuaan.
Poliphenol adalah sejenis antioksidan yang kuat, antibiotik semulajadi dan ejen antiradang semulajadi juga.
2. European Elderberry

Merupakan kumpulan buah-buahan berry memang terkenal sifatnya kaya dengan vitamin C yang diketahui umum membantu mengukuhkan sistem imun. Malahan Elderberry sendiri banyak digunakan bagi merawat penyakit seperti Arthritis, asma, sembelit dan selesema.
Elderberry juga merupakan sumber anthocyanins yang hebat yang mengandungi tiga kali ganda karotenoid. Ia adalah sejenis antioksidan yang kuat yang dapat melindungi sel daripada kerosakan yang berpunca daripada toksin, diet yang tidak seimbang, dan stress.

Ia juga penting dalam membantu masalah yang disebabkan oleh kolestrol jahat yang menyekat platlet darah daripada melekat di salur pembuluh darah; seterusnya mengurangkan risiko aterosklerosis.

Selain itu, bagi yang menghadapi masalah rabun malam, elderberry mampu membantu menyelesaikan masalah ini kerana ia mengeluarkan rodopsin (visual ungu dalam mata); mengurangkan cahaya dalam penglihatan dan baik untuk atasi stress.


3. Purple Carrot

Merupakan sumber Vitamin A TERBAIK dan mengandungi fitokimia termasuk;

-- Karetonoid
-- Fenolik (phenol group compound)
-- Polyacetylenes
-- Isokumarin
-- Sesquiterpens.

Lobak Ungu juga mempunyai kandungan anthocyanins yang mana ia memiliki ciri antioksidan yang luarbiasa. Anthocyanins bertindak sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang yang berupaya membantu dalam masalah penyakit berisiko tinggi termasuk penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk Purple carrot yang  bertanggungjawap mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4.Polygonum Cuspidatum

Merupakan sejenis tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai Japanese Knotweed; yang kaya dengan sumber Resveratrol. Berasal dari asia,
juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

Satu kajian menarik menyatakan bahawa extrak resveratrol dalam tumbuhan ini mampu menjadi penawar kepada penyakit tumor. Ia juga sering digunakan kerana manfaatnya untuk ;

Melambatkan proses penuaan
 Merendahkan paras kolesterol
 Merendahkan tekanan darah
 Meninggikan prestasi atlet
 Membantu dalam proses mengurangkan berat badan.

Pendek kata, ia membantu memperbaiki taraf kesihatan si pengamal.

Jadi, itu dia info pengenalan tentang Vivix yang saya rasa pembaca perlu tahu. Basically, Vivix ni adalah terdiri daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang terpilih; yang mana kaya dengan kandungan antioksidan dan lain-lain. Sebab tu, pengambilan Vivix secara konsisten memang membantu repair badan kita hingga ke tahap sel! Menarik sangat, kan?


Hubungi Sariyah segera, untuk mendapatkan VIVIX dengan harga terbaik. 

Contact / Whatsapp : 012-750 6141

COD : Kampung Melayu Majidee, Kempas, Pasir Gudang,
Bandaraya Johor Bahru dan sekitarnya

Facebook : Sariyah Lailee

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1236838 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Punca-punca utama kerosakan hati


Hati merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Jika hati rosak, kebanyakkan fungsi badan pun akan turut terjejas. Terdapat pelbagai punca-punca utama kerosakan hati. Saya akan senaraikan punca kerosakan hati di bawah.
Apa itu HATI dalam tubuh kita???
Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Berikut saya senaraikan beberapa punca dan sebab utama KEROSAKAN HATI:
1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama.
2. Tidak membuang air kecil pada waktu pagi.
3. Terlalu banyak makan.
4. Mengelak sarapan pagi.
5. Pengambilan ubat terlalu banyak.
6. Pengambilan terlalu banyak bahan pengawet , aditif , pewarna makanan, dan pemanis tiruan.
7. Pengambilan minyak masak yang tidak sihat. Sebanyak mungkin cuba kurangkan penggunaan minyak masak apabila menggoreng , termasuk juga minyak masak terbaik seperti minyak zaitun. Jangan mengambil makanan goreng apabila anda letih, kecuali jika badan adalah sangat sihat.
8. Pengambilan makanan mentah @ makanan yang tidak dimasak juga menambah beban hati. Sayuran yang digoreng perlu dihabiskan pada satu masa,dan janganlah disimpan. Kita harus mengelakkan ia tanpa semestinya berbelanja lebih dan membazir.
Kita hanya perlu mengamalkan gaya hidup harian yang baik dan tabiat makan yang betul. Mengekalkan tabiat makan yang baik dan keadaan masa yang betul adalah sangat penting untuk badan kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak perlu mengikut ‘ jadual. ‘
9.Jauhi daripada Alcohol, minuman keras, arak.
Hati juga merupakan organ yang penting dalam MENYAHTOKSIN, jadi jika hati kita rosak maka proses menyahtoksin dalam badan akan terganggu. Oleh itu toksin dalam badan akan berkumpul dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Jadi Hati merupakan organ yang penting dalam tubuh dan kita harus menjaga hati dengan sebaik mungkin agar dapat berfungsi denagn baik. Untuk menyingkirkan toksin dalam hati bolehlah mencuba DTX complex Shaklee..

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DTX complex serta kesan-kesan kepada tubuh boleh teruskan pembacaan di sini. Saya juga ada berkongsi beberapa testimoni pengguna yang mengambil DTX complex dalam ikhtiar mengatasi masalah yang mereka dihadapi. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya di 012 750 6141.


DTX Complex - Memberikan khasiat dan penjagaan yang diperlukan oleh hati


Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee ; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. 


DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)


Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal

Fungsi Hati


Rembesan Hempedu


 Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K, dan membantu mengasimilasikan kalsium, Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A. 

Bertindak Sebagai Detoksifikasi 


⚫ Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul. 

Mengawal Paras Gula dalam Darah 


⚫ Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukarkan kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormone seperti estrogen adrenalin, dan insulin. 

Penting dalam Metabolisma Lemak 


⚫ Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dalam gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan. 


Formulasi Semulajadi yang Dipaten Dalam DTX Complex Shaklee dan Fungsi:


Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)  


Milk thistle seed

  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin –kaya dengan bahan antioksida 
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia 
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis 
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol 
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema   


Articok (Artichoke)

Articok (Artichoke)

  • Membina semula sel-sel hati 
  • Merangsang pengaliran hempedu   


Dandelion


Dandelion 

  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jondis
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang 
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser 
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air   


Kunyit (Turmeric)  
Kunyit (Turmeric) 

  • Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida 
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan 
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV   


Reishi mushrooms (Ling zhi)  


Reishi mushrooms (Ling zhi) 

  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser 
  • Mengurangkan masalah bronchitis, sinustitis 
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik 
  • Membantu mencegah penyakit jantung  


Schizandra  


Schizandra 

  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Di sini saya kongsikan beberapa testimoni pengguna tonik hati DTX Complex Shaklee:


Testimoni 1

Testimoni 2

Sedang mencari tonik hati yang semulajadi boleh mencuba DTX Complex Shaklee. 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 750 6141



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1236838 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

10 March 2017

Kurus dengan Vivix


Seperti semua tahu Vivix sangat kaya dengan sumber Resveratrol. Tak perlu nak dipertikai lagi keberkesanannya. Vivix bukan saja mampu membantu dalam mengatasi sakit kronik malah Vivix juga mampu membantu bagi mereka yang nak kurus.


Firstly macam mana Resveratrol yang ada dalam vivix ni boleh bantu korang dalam menguruskan badan? Vivix bukanya ada pencair lemak pun, bukannnya ada omega 3 pun kan.

Menurut kajian, semua Resveratrol yang ada dalam dunia ini akan bantu badan meningkatkan metabolisma.

Metabolisma ni apa pulak?

Selalu kita dengar org muda, metabolisme tinggi. Sebab tu makan banyak mana pun tak gemuk2. Makin tua makin kurang metabolisma kita. So, bila metabolisma badan kita kurang, kalori yang diproses pun lambat. Bila kalori yg diproses/dicerna kurang. Akan banyak makanan yang tak digunakan dalam badan kita. Makanan yang tak digunakan akan jadi lemak dan toksin sebab tu bila rendah metabolisma, maka mulalah :-

1. Tayar spare naik

2. Perut macam mengandung 4 bulan

3. Dagu tumbuh bak cendawan

So dengan vivix akan bantu anda untuk tingkatkan metabolisma badan. Namun bagi yang memang dah slim tu Vivix sangat membantu untuk hari tua nanti.

2. Pengecutan saiz tisu Adipose

Adipose tu apa ?

Tisu Adipose adalah lemak. Adipocyte ni adalah binaan asas bagi lemak (baby lemak). Macam rumah, binaan asas adalah batu bata. Macam kain, binaan asas adalah benang. Binaan asas manusia adalah sel. Kalau lemak bawah kulit
Kita panggil SUBCUTANEOUS ADIPOSE TISSUE atau subcutaneous fat pun boleh sama ja.

Apa apa yang dalam bentuk lemak semuanya adalah tisu Adipose
Sebenarnya lemak ni adalah salah satu sumber tenaga.
Tapi, jalan dia nak berubah daripada lemak kepada tenaga tu lambaaaat sangat jauuuuuh sangat

Ada kajian dibuat ke atas 20 individu obesiti. Selama 30 hari depa ambil Resverstrol (bukan vivix). Dan selepas 30 hari, dengan diet tertentu depa amalkan, Tisu Adipose mengecut ! Badan depa pun makin susut walaupun tak banyak susut. Bila makna kata lemak dah kecut, maka ia akan bantu anda untuk kurus.

3. Mengawal Selera Makan

Ada kajian yang menyatakan bahawa pengambilan resveratrol dalam diet seharian akan membantu anda aktifkan gene Sirt1.

Apa dia Sirt1? (Sebutnya gini ---> sirtuin1)

Sirt1 ni akan meningkat dengan kehadiran Resveratrol dalam diet Sirt1, salah satu fungsi dia adalah untuk mengawal selera makan. Badan kita sendiri akan menyekat kalori daripada masuk dalam badan. Maknanya kita akan kurang cravings atau rasa lapar. Tapi cukup untuk kita tahu Sirt1 akan bantu kawal selera makan. Dan manfaat Sirt1 yg lain ia penting juga untuk proses penuaan yang sihat (anti-aging).

4. Meningkatkan Fungsi Hati

Hati ni buat apa pulak ? 

Hati fungsi utama dia untuk proses toksin yang masuk dalam badan kita. Toksin ini bukan melalui makanan saja dia termasuklah dengan :-

 Air yang tercemar
⇾ Udara yang kita sedut
⇾ Krim tepek tepek 
⇾ Makanan pewarna, perasa, pengawet
⇾ Air yg tak ditapis/dimasak

Ada sesetengah bakteria juga kita boleh kelaskan sebagai bertoksin, sebab ada bakteria yang sifatnya parasit dan beracun pada badan. Toksin=racun. Dalam air tak dimasak atau ditapis dgn betul pun ada bakteria. So jgn feeling feeling omputih sgt minum air dari paip taw. Jangan samakan air paip sekarang dengan dulu. Nak nak samakan dgn air zam zam ya. Kadang2 ada benda asing yang bahaya malah air yang di rawat pun ada klorin kan. Sebab tu air minuman kita kena tapis atau masak.

Apa kaitan hati dengan hempedu?

Segala sumber toksin yang masuk dalam badan kita ni akan melalui hati. 

---Dari kulit akan masuk ke salur darah dan pergi ke hati ❤
---Dari perut akan pergi ke hati 
---Dari salur pernafasan akan pergi ke hati 

So segala toksin akan diproses di hati. Toksin akan ditukarkan kepada bentuk hempedu. Toksin daripada makanan, mekap, udara semua akan duduk dalam hempedu dan akan keluar melalui usus. Usus kecil dan usus besar. 

Sebab tu siapa yg makan DTX Complex atau Vivix. 1~3 hari pertama akan buang air besar ada lendir. Jadi bila terlalu banyak toksin dalam badan :-
 Hati akan jammed  Traffic sesak  Badan jadi tak sihat  Sebab toksin banyak gila  Bila toksin banyak  Lemak mula datang

Lemak sangat suka toksin. Bagaikan bertemu kekasih lama. Selagi mana toksin ada dalam badan, selagi tu lemak akan datang menempel. 

So peranan vivix kat sini adalah untuk tingkatkan fungi hati. Vivix akan pujuk hati. Hang keja kuat sikit, hang buleh, mesti buleh buang toksin dari badan. Masa hati stucked tadi, mugkin sebab ada bahagian yang dah dirosakkan oleh toksin. So, Si Vivix pun akan tolong repair. Jadi hati akan jadi normal semula.


Untuk dapat kan kurus yang berjaya, kita perlu lakukan senaman dan minum air putih 3 liter sehari. Dan perlu jaga pemakan ya. Disini Sar ada sertakan testimoni yang telah mengamalkan Vivix.

Testimoni Vivix berkesan untuk kurus

--Testimoni 1--
--Testimoni 2--
--Testimoni 3--
--Testimoni 4--

Contact / Whatsapp : 012-750 6141

COD : Kampung Melayu Majidee, Kempas, Pasir Gudang, 
Bandaraya Johor Bahru dan sekitarnya
Facebook : Sariyah Lailee



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1236838 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.