29 March 2017

Punca-punca utama kerosakan hati


Hati merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Jika hati rosak, kebanyakkan fungsi badan pun akan turut terjejas. Terdapat pelbagai punca-punca utama kerosakan hati. Saya akan senaraikan punca kerosakan hati di bawah.
Apa itu HATI dalam tubuh kita???
Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Berikut saya senaraikan beberapa punca dan sebab utama KEROSAKAN HATI:
1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama.
2. Tidak membuang air kecil pada waktu pagi.
3. Terlalu banyak makan.
4. Mengelak sarapan pagi.
5. Pengambilan ubat terlalu banyak.
6. Pengambilan terlalu banyak bahan pengawet , aditif , pewarna makanan, dan pemanis tiruan.
7. Pengambilan minyak masak yang tidak sihat. Sebanyak mungkin cuba kurangkan penggunaan minyak masak apabila menggoreng , termasuk juga minyak masak terbaik seperti minyak zaitun. Jangan mengambil makanan goreng apabila anda letih, kecuali jika badan adalah sangat sihat.
8. Pengambilan makanan mentah @ makanan yang tidak dimasak juga menambah beban hati. Sayuran yang digoreng perlu dihabiskan pada satu masa,dan janganlah disimpan. Kita harus mengelakkan ia tanpa semestinya berbelanja lebih dan membazir.
Kita hanya perlu mengamalkan gaya hidup harian yang baik dan tabiat makan yang betul. Mengekalkan tabiat makan yang baik dan keadaan masa yang betul adalah sangat penting untuk badan kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak perlu mengikut ‘ jadual. ‘
9.Jauhi daripada Alcohol, minuman keras, arak.
Hati juga merupakan organ yang penting dalam MENYAHTOKSIN, jadi jika hati kita rosak maka proses menyahtoksin dalam badan akan terganggu. Oleh itu toksin dalam badan akan berkumpul dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Jadi Hati merupakan organ yang penting dalam tubuh dan kita harus menjaga hati dengan sebaik mungkin agar dapat berfungsi denagn baik. Untuk menyingkirkan toksin dalam hati bolehlah mencuba DTX complex Shaklee..

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DTX complex serta kesan-kesan kepada tubuh boleh teruskan pembacaan di sini. Saya juga ada berkongsi beberapa testimoni pengguna yang mengambil DTX complex dalam ikhtiar mengatasi masalah yang mereka dihadapi. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya di 012 750 6141.


No comments:

Post a Comment